Ahad, 18 Oktober 2009

Tahniah kepada ahli-ahli PAS Kawasan Raub kerana bakal menubuhkan PAS Cawangan Gali Lurus. PAS Cawangan Gali Lurus ditubuhkan dengan keahlian seramai 40.orang. Di bawah kepimpinan yang bakal diwujudkan, blogmaster yakin PAS Cawangan Ulu Gali akan bersama-sama meneruskan misi dan visi PAS Kawasan Raub dan Pakatan Rakyat Raub.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Raub, penubuhan cawangan yang baru ini diiringi dengan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana kehadirannya menunjukkan rakyat semakin hari menyedari bahawa UMNO dan sekutunya selama ini mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi sekelompok pemimpin BN di peringkat daerah, negeri dan negara.